Powered By Blogger

sampai bila nak hidup dgn kisah lalu kan?

bila teringat kisah dulu dulu *diam jap. (rasa nk sepak sepak je muka aku dulu sbb tlampau bodoh!

tapi sampai bila aku kena hidup dgn masa lampau aku?
sampai bila aku nak berangan..
'kalau lahh aku boleh kurangkan ego...'
tapi semua dah jadi, semua dah pergi.
aku dah pun lepaskan semuanya.
aku kena pergi dari hidup lampau aku.
sebab..
kat depan ada masa yang menunggu aku,
supaya aku manfaatkan sebaik mungkin.
supaya aku tak samakan masa depan aku dgn masa lampau aku.
aku kena buat ini!
aku sygkan masa lampau aku, tapi semua dah berlalu.
aku kena teruskan hari hari yang belum tentu ni :)
love
zL

usman awang :)

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan. Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah muaalaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan

Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

alhamdullilah, semakin kuat

td ada LDK (LATIHAN DALAM KUMPULAN) nasib baik ada miss sue yg cool gilaa, buat ldk tak busan.
mula mula ms sue suh pejam mata then dia bagi 4 warna
-merah
-putih
-oren
-hijau

lepas dah pejam mata then dia sebutkan warna tuu then sape yang terlintas dalam pale otak kita pada masa itu, kemudian......

merah- baba
putih- lala aena
oren- wawa
hijau- mama

kemudian ms sue bg tahu apa meaning warna, tuu.
merah- ur lover :)
putih- ur soulmate, org yg aku akan refer, org yg aku cerita everythings.
oren- ur besh frennn.
hijau- the person you will remember for the rest of your lifeeee :D

okayy, seronokk dgr sbb macam sama jee, macam yee jee. anyway ms sue sgt comel! thanks ms sue sbb sudi hanta kami balik sampai umah. nanti ada masa jumpa lagi!

then bgun tdo aku tatau npe aku mcm tetbe ada spirit yg lain, aku bgun tgk hp takde msg :(
tp aku macam kuat jee, aku rasa aku dah lalui hari hari aku dgn baik, TANPA AWAK.
mula mula macam susah, tp akhirnya aku boleh sbnrnya.
nak buat apa lagi, aku dah buat keputusan. aku ada jodoh yang TUHAN dah bg yg pasti jodoh aku tak perlu buat sapa sapa berdendam dgn aku. TUHAN tuu kan MAHA PENYAYANG. tak mungkin DIA kejam dgn aku. amin :)
aku ada benda yg perlu aku selesaikan, yang perlu aku tamatkan dgn sempurna supaya hidup aku tak tunggang langgang. pasal cinta nt laa pk, tggu sy yee MR RIGHT :)


love!
zL

laa sunyi laa aku.

tatau nape mcm sunyi jee, today the whole day takde kelas aku pon mcm tak tahu nak buat hape dah kan, then aku baca older msg, haihh. *senyum kejap.
damn, dulu selalu jee kau ada nak teman kan aku. selalu sgt. sampai aku tak takut nak hadap busan. kau ada. tapi sekarang semua dah berubah. kau bukan untuk aku. yeee!
aku harap kau bahagia, kau berjaya.

tengs utk sumenya tau :)

love!
zL

sombong. hang nak p mana?





aku adalah manusia yang paling sempoi kott hahaha, ada kawan ada, takde hidup jee aku.
bukan apa aku dah malas nak jaga jaga hati, nak cover cover penat laa mcm tuu, hipokrit je.
aku bkn kesaa pun kalo takde kawan seribu, aku hidup jee. ada kawan ramai ramai semak otak HAHA. ops silap kalau pk aku belagak, aku dah mmg cmni nak wat camne lagi kan, means skola dulu pon aku buat pale sendiri p skola lambat. lepak mamak dulu baru p ceramah, pastu kena tangkap ngn cikgu AKMA sbb masuk ikot lubang, pastu mulaa laa dia bla bla bal, haha.
aku bukan pandai nak memulakan conversation with someone, sengih pun aku segan kang sengi sengih dia buat dunno jee. ish biarkan lah, janji mak aku kenal sapa aku.
and, aku dah buat bnda bru which is aku malas dah nak jaga jaga hati org, nak care kat org HAHAHA aku penat laa syg, ada pape respon dari kau tak? tak kann. so biarlaa kau dgn hidup kau, aku tau jee ada masalah mesti cari aku, time happy takde lak nak inpom aku. busuk punya org. hahaha
lantak lu laa nak jd apa pun!





apa ada dalam wallet zyana latif?? jeng jengg


title post taleh nak pergi. bukan apa, aku rasa aku lah manusia paling apa pun aku tatau nak cakap mcm mana sebab aku kan tasuke bwk wallet jalan jalan, aku tasuke pegang wallet, and percaya tak dah 19tahun tapi aku tak penah ada wallet yg betul betul aku punya haiya nana nana. hahaha

padahal wallet penting laa kot. see still ada 'kot'
okay wallet penting!!

pastu aku dah pakai lah wallet tuu pon rem bie punya hahahaha.
pastu tgk apa jee aku simpan dalam wallet aku tuu~~~






  1. . resit atm. (time kaya.PT kua) hahaha
  2. .tiket bus rapidKL, kua ngn mama n adik hehehe
  3. .tiket men cosmo world dgn aini :)
  4. . tiket kunset diraja. (oh joe sgt busannnnnnnnnnn)
  5. .kad simkad beruk band
  6. .fippers punya tag (haiya)
  7. .kad topap
  8. .business card. grooming pet. nt raya kut kut nak hanta deme p mekap
  9. .tiket bus cityliner
  10. . business card kawan mama.david ong. mis manager :))
  11. .kad matrix part1 :)
  12. .business card kawan mama juga, asri utoh, cameraman.
  13. .entah kad apa nth bie bg. (ok ok aku rembat)
  14. . gambar berukuran passport, abg bob said "nih org tgk muka real mau pengsan"
  15. . VIP MCD. (kad ini utk budak2 bwh 12 tahun :PP)
  16. calendar 2011 :)
  17. . card holder, dalam tuu ada ic, kad bank, pastu kad avon mek hahaha
  18. bil beruk band. (under name, AB LATIF BIN TAK)
hehehe. sekian.
nampak tak aku mcm endah tak endah jee kan, selalu jee kawan kawan aku marah aku kua tak bawak IC bajet jee polis tak tahan hahaha.
okay saya sedang cuba utk jd seorang yg bertanggungjawap. percaya laa :))

lot of love.
zL
tadi jalan jalan busan busan pastu ternampak artis holywood dgn anak mereka.
omg gilaa swet sengih sengih jee. nak nak dapat tgk suri dgn mak dia yang gila hot.
posh si bajet gilaa tuu pon sweet jee ngn anak anak dia, untung laa Beckam.