Powered By Blogger

ada kisah ingin aku ceritakan..

adik:'mak, adik nak pegang tgn mak.. ramai org kat pasar mlm nih, nt adik sesat tak jumpa mak dah'

mak: 'adik, pegang tgn mak kuat2 ye.. jangan lepaskan walaupon ada org tarik adik.'

adik: 'mak, nanti ada org tarik tgn adik ke mak? sape?'

mak: 'nanti akan ada org yg 'tarik' tgn adik sampai adik lupa 'pegang mak' "

adik: 'tak laa mak!! adik syg mak je'

mak: 'nanti adik lupa apa adik cakap ni.'

adik: 'adik tak paham laa mak'

mak: 'takpe laa dik, nanti da besar adik tau laa'

mak lepas adik berjaya adik nak bagi semua yang adik ada dekat mak.. mak tayah keje lagi.. duduk je umah biar adik yang keje..

TAPI lepas berbelas tahun adik dah berjaya adik lupa kat mak, adik sesat hanyut dgn dunia, adik bercinta dgn org yg nth pape.. adik lupa janji adik pada mak, dan yang paling dasyat adik lupa 'pegang mak'
sampai akhir hayat mak pon adik 'tak pegang dia'

sekarang adik menyesal mak, kwn2 dah tinggal kan adik, gf adik dah pergi gak. semua keindahan yang adik rasa sampai adik lupa dekat mak dah lenyap mak, mcm ditelan bumiii.. mak adik nak mak.. mak oh mak :((

'adik, mak tak sedih dengan apa yang adik dah lakukan. tapi terkilan.. mak dah maapkan semua salah2 adik.. semoga adik berjaya'

demikian laa, hargai ibu selagi disisi.. jangan kau lukakan hatinya, dan andai kau lukakan hatinya dia akan sentiasa memaafkanmu kerana kau hadirnya dari DIA. permata buat mereka.